080806 - Aku publish entry semalam...
----------------------------------------------------------------------------
Wah, lama sudah ku tidak mengupdate blog ini ya?
Aku bukannyer apa, kerja skang nie datang bergelen2, aku patutnya dah pindah ke subang, opis client, tapi aku masih bertangguh2, nak tahu kenapa? sebab reporting manager kat project nie x jumpa aku lagik utk brief pasal job scope baru aku, hehehe...but on top of tat, yang paling penting skali, aku TAK NAK pindah subang. kalau kat sana, semua client jek, aku duduk ngan manager2 kat sana, jadik kuli dewang lah tu gamaknya, kalau kat kj nie, leh lah gak berpoya2 sikit sebab ramai ibmmer kat sini. kat sana semua client jek..mahu muntah darah aku nanti. tapi nk buat camner, demi mencarik sesuap nasi.hehe.. (kalau ikut kata mama, terlebih suapan nasi nya dah...hehe)
Aku banyak benda nk tulis, terutama pasal pilihan.
Contoh, aku tahu sayur bagus untuk kesihatan dan menjamin masa tua aku nanti, tapi aku tetap jugak tolak sayur and pegi pada coklat. pilihan yg mengikut hawa nafsu dan mengabaikan kebaikan untuk diri sendiri.
Aku bagik lagik satu contoh pasal pilihan, seorang gadis bernama kafirah, nama manja firah (bukan nama sebenar) nak ke paris. Dia tahu hala tuju dan matlamat dia nk ke paris. dia memang nak sangat ke paris, sebab kat paris pemandangan yang cantik, byk sungai yg mengalir tanpa hentinya, ramai2 gadis remaja yang menawan dan bermata jeli dan lain2. Satu jek isu yang firah perlu fikirkan, bas ke paris hanya amik penumpang dekat bus stand yang jauh giler dari umah dia, dan untuk pergi ke bus stand tu dia kena mengharung segala macam onak duri, hutan belukar, berhadapan dengan segala jenis binatang yg liar dan jinak, terpaksa merentas kubu-kubu yang di mana mitosnya banyak syaitan & hantu puaka bersarang kat situ, dan perjalanan yang jauh itu dia tahu dia terpaksa buat bermacam2 pengorbanan, baik dari segi kewangan, penampilan, semangat dan perasaan dia (sebab jauh and sungguh exhausting). Selain dari bus stand tu, banyak lagik bus stand2 lain yang dekat jek ngan rumah firah, tapi takder satu destinasi pun yang menuju ke paris, semuanya ke ceruk2 dunia, tempat2 yang sungguh tak best. Tapi bus stand yg nak ke destinasi lain nie, cun giler, siap ada aircond tu, dekat plak tu ngan umah, siap bentang karpet merah tu dari bus stand ke rumah firah. Setakat ni korang paham tak cerita aku? Kalau tak paham mintak maaplah, tak larat den nak terangkan balik. So firah pun dalam dilema. Samada nk pilih;
Option A - Rentas semua and ke bus stand yg menuju ke paris
Option B - Tak payah menyusahkan diri dan tukar saja destinasi smbil dalam hati berkata,'alah,nanti2 adalah peluang untuk aku pergi paris kemudian hari'
Cuba teka firah pilih option yang mana?
Kalau korang firah, korang nak option yang mana?
Fikir dan bayangkan...jangan main sebut jek. Ini cerita realiti nie...
Kalau korang rasa firah pilih Option A, maka melesetlah sangkaan korang.
Oleh kerana firah rasa dia tak lah menyusahkan diri dengan bersusah payah ke bus stand yang nk ke paris, dan di jauh di benak fikirannya dia fikir, takper lah, satu hari nanti pasti aku akan dapat ke paris sebab aku nie punya kemahuan yang kuat. lagipun hari tu sungguh panas, matahari terik macam time bulan puasa, so baiklah dia jalan ke bus stand yg berhampiran ngan umah dia, siap ada aircond tu.
So akhirnya, disebabkan oleh faktor2 yang telah disebut di atas, firah telah membuat keputusannya. menukar destinasi yang baik pada asalnya and settle down ngan destinasi yg hampes dengan harapan untuk dapat pergi ke destinasi yang baik sedikit masa lagik (mungkin tanpa kesusahan).
Cerita ni bukan sekadar cerita, tapi untuk kita amik pengajarannya. Baca baik2 and fikiran dan ambik lah sikap yang sewajarnya.
Hidup kita kat dunia nie, sentiasa berhadapan dengan pilihan, kita sedar kondisi tu, kita tahu mana yang terbaik dan sepatutnya tapi kadang2 kita takut nk opt untuk pilihan yg sewajarnya sebab kita takut, takut akan dugaan dan rintangan yg akan dihadapi dengan memilih pilihan itu. Takut dengan tohmahan yang bakal dilemparkan. Tapi, kalau itu lah pilihan yang betul, korang rasa2 perlu tak kita opt untuk memilih jalan tersebut?
Manusia yang penuh ngan kelemahan and ketidaksempurnaan sperti kita nie, kenkadang lupa, lupa matlamat dan pilihan yang wajar diambil untuk ke destinasi sebenar. Ini biasanya sebab, rasa yang kita dah cukup, dah lengkap, rasa complaisant dengan keadaan diri, sehingga mampu nk ubah2 pilihan, nak amik jalan short cut.
Yang penting aku nak tegaskan, bila berada di persimpangan jalan, di mana satu pilihan harus dibuat, a atau b, nak atau tak nak, selalu beringat untuk membuat keputusan yang terbaik, yang akan sampai ke matlamat yang perlu dituju. Kalau matlamatnya nak sampai ke Paris, pilih lah jalan nk ke Paris, harungi lah apa yang terpaksa diharungi, kerana bila sampai Paris nanti, baru kita tahu nikmatnya ke Paris setelah harungi segala macam dugaan. Yang penting matlamat tercapai. Paris telah pun kita jejaki.
Bilakah agaknya aku akan ke Paris itu?
p/s : kalau nak baca entry yang sungguh best pasal pilihan, sila lah ke keretamayat.blogspot.com. entry terbaru dia sungguh inspiring dan banyak pengajaran dan ilmu leh dapat. fikir, fikir dan terus berfikir...
Monday, August 7
bicara tentang pilihan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
tak lama lagi sampai la Paris tu.. hehe.. tiket dah beli..? cam dah lama beli, kan..? masa MATA Fair.. hehe.. selamat berangkat, BILA TIBA MASANYA.. ;p
1st thing...
"KAFIRAH"....?? Hahaha..!!
Bersabarlah wahai "kafirah"..
Masanya pasti akan tiba..
Itukan janjiNya...
Peace.. =P
untuk pengetahuan semua, kafirah tiada kaitan dengan yg hidup atau mati yer...tolong, tolong...jangan salah tafsir.. ;P
super-M,
dah lama sgt beli tiket sampai dah expired dah sebenarnya..kena tunggu MATA fair lain lah gamaknya..
nabilah,
baca balik lah entry wei...
kafirah amik jalan mudah tu, amik tempat yg ada aircond..
jadik, kafirah hampes, tukar matlamat sebab takut..nanti aku wujudkan satu watak lain..ehhehe..
Post a Comment