Wednesday, August 9

Paris

Paris itu aku rasa makin lama makin jauh
Bayang-bayang Paris seolah-olah lenyap
Bau pun dah hilang dari hidung aku

Penat melangkah dan melangkah makin terasa
Dah melangkah, baru sedar, perjalanan ke Paris sungguh jauh
Semakin banyak aku melangkah, semakin Paris itu menjauh dari aku
Tiba-tiba semangat seolah-olah semakin pudar
Aku lihat baju di badanku sudah koyak rabak
Sepatu yang tersarung di kaki sudah berlubang
Kulit aku sudah semakin kering
Langkah aku makin lama semakin perlahan

Tapi
Penat itu perlu diketepikan kerana ia mainan perasaan, Akan diketepikan
Kaki yang terasa lenguh perlu terus melangkah, Akan terus melangkah
Semangat yang pudar perlu dikobar kembali, Akan berkobar kembali
Baju yang koyak itu perlu dijahit semula, Akan dijahit semula
Sepatu yang berlubang perlu ditampal, Akan ditampal
Kulit yang kering perlu dibelai agar lembut kembali, Akan dibelai
Biar perlahan langkah kaki ini, Asalkan terus melangkah

Kerana
Paris akan kujejaki juga
Biar terpaksa mengharung hutan belantara yang seperti tak berpenghujung
Biar terpaksa melalui pelbagai halangan yang seperti tak jemu-jemu mendatang
Biar terpaksa bertarung dengan segala jenis makhluk, manusia, binatang, syaitan, hantu yang tak pernah senang melihat aku bersungguh mencari kesenangan

Paris,
Percayalah, tanahmu akan kujejaki jua
Akan aku kuatkan semangat aku, kerana aku tahu kaulah destinasiku..
Tunggu lah kedatanganku,
Kalau bukan esok, lusa
Kalau bukan lusa, tulat
Kalau bukan tulat, pasti akan ada harinya
Kaki ini akan terus melangkah dengan payah
Kaki ini hanya mengarah pada Paris

2 comments:

Super-M said...


kuatkan semangat..
sooner or later..
lebarkan langkah..
cepatkan langkah..
if u'r crawling, then walk..
if u'r walking, then run..
if u'r running, then fly..
there's always a way..

we'll back u up..
I WILL..

missy dullness said...

hehehe...
tat day i succumed to my fears and emotions, but now i'm back on my feet...

sekali sekala layan emosi...abaikan..heheheh..

i mean, wats wrong with being on the later side? at least i've done everything in my power to accomplish it. everything else is out of my hands... ;)

i'm a survivor, i'm gonna make it, i will survive, keep on surviving... yehaaaa....