Puisi Setahun.
Zurinah Hassan ; Satu Cerita Cinta
Di hari ia melahirkan cintanya
Ia berkata kepada kekasihnya
"Kita tidak usah berjanji untuk setia
kerana kita tidak mahu setia kerana janji
kita akan setia kerana cinta
hanya kerana cinta.."
Di hari perkahwinannya
Ia berkata kepada isterinya
"Perkhawinan ini adalah ikatan
tetapi kita tidak usah terikat kerananya
kita terikat kerana cinta
hanya kerana cinta.."
Di hari-hari kemudiannya
"Perkahwinan kadang-kadang
mengajar kita melupakan cinta
untuk belajar hidup bersama.."
***
No comments:
Post a Comment