apa ada pada nama?
ada apa dengan kuasa?
mmm...terkadang kita lupa, kita yang bersama-sama mahu memulakannya
perang dalam medan baru memang begini adatnya
senjata harus dikumpulkan semula,
yang tumpul perlu ditajamkan
yang berkarat perlu dinyahkaratkan
yang tak cukup, dicukupkan
pejuang-pejuang perlu dirapatkan semula,
yang lemah perlu dikuatkan
yang penat perlu diberi semangat
yang baju perangnya berlubang2 perlu ditampal
yang kasutnya bocor perlu ditutup bocornya
tempat berteduh perlu dikongsi
yang kecil dibesarkan untuk menampung semua
yang besar dicukupkan kelengkapannya untuk menampung semua
yang bumbungnya bocor, sama-sama kita tampal
yang dindingnya retak, sama-sama kita plasterkan
yang lantainya berhabuk, sama-sama kita lapkan,
tiada beza yang lama atau baru
tiada beza yg di depan atau di belakang
masing-masing berjuang
masing-masing bersama-sama atas kehendak masing-masing
masing-masing bermatlamat yang sama
tolak ketepi perasaan angkuh
tolak ketepi perasaan sakit hati
tolak ketepi perasaan ego
tolak ketepi perasaan ingin kuasa
tolak ketepi perasaan ingin sengketa
tolak ketepi dahulu segala perasaan ini
sekarang masanya untuk kuatkan tekad
sekarang masanya perkuatkan anggota perang
apa yang pasti, kemenangan pasti datang jika kita
bersatu dalam satu niat & matlamat, dalam satu kata sepakat, pasti.
Thursday, April 19
lumrah perang dalam medan baru
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
persediaan demi persediaan..
perjalanan demi perjalanan..
terima kasih kepada smua yang bersama melangkah..
bersama dalam "beberapa kehidupan ini"..
:)
dh mati...
Dream what you dare to dream,
Go where you want to go,
Be what you want to be,
You can if you believe you can,
Believe in yourself and other’s will too...
tak berapa nak paham sangat ler..
tapi all the best sol-jah :)
selalu le nyanyi lagu Inilah barisan kita yek? hehe
Post a Comment