Tuesday, October 10

Magic

Pernah tak korang tengok magic show? Zaman2 dulu, David Copperfield sungguh glamer.
Menunjukkan skill2 dia bermain magik, sekali kibas jek cape dia, kuar lah awek cun ker, harimau mengaum ker, tak pun di masukkan dlm kotak, pastu di tusuk dgn berpuluh2 pedang dr setiap penjuru, dan kuar x cedera apa2 pun, atau saat dia melepaskan diri dari ikatan mati, didalam peti yg penuh ngan air tnapa suffacate dulu. Aku ingat dulu, sampai nganga2 mulut tengok,terkesima, terkagum, dengan magic and pembohongan ciptaan manusia. Kita tahu hakikat yg magic ini hanyalah satu penipuan, yg bertujuan tak lain dan tak bukan memperdayakan, memperbodohkan, orang2 yg naive. Tapi smpi skang, byk lagik magician on tv, david blaine lah, macam2. Kita cukup kagum, kagum ngan silap mata.

Tapi pernah kah kita kagum ngan magic paling hebat?
Magic atau keajaiban Al'Quran? Pernah tak? Jangan tipu, tak guna...masing2 jawab tulus ikhlas dr hati..
Kenapa aku katakan Al'Quran itu satu keajaiban? Satu magic.
Jangan salah paham plak, aku tak kata sihir, tapi magic, keajaiban.
Kenapa ajaib?
6236 ayat dalam alquran itu jawapan pada segala permasaalahan@kemusykilan@kebuntuan manusia. Baik dr segi teknologi, pehutanan, pengairan, loji, biology, astronomi, fiziks, geografi, geologi, botany, zoology, oceanology, perubatan, physiology, embryology-penciptaan manusia itu sendiri, ekonomi, matematik, sejarah, perdagangan, hukum@hakam, cara bersosial, dan segala macam yang tak termampu aku nk list kan. Pendek kata, segala ilmu yang ada di muka bumi sekarang ni, semuanya berasal dari Al'Quran . Sebab apa? Sebab Al'Quran itu kalam allah, yg diberikan kepada manusia sebagai panduan untuk menjalani hidup dan mentadbir dunia, bumi, tanah tempat mereka berdiri.
Ajaib sungguh, dengan 6236 ayat ini.
Patutnya kita ternganga, kagum dan terkesima dengan Al'Quran.

Acapkali kita kata, Al'Quran itu petunjuk dalam kehidupan, tapi sejauh mana kiter gunakan petunjuk itu dalam kehidupan seharian kita?
Kita tanya2 balik lah diri sendiri.
Biarlah kita tak dapat tarik kuar merpati putih dr topi magician,
Biarlah kita tak leh berdiri lama2 atas puncak bangunan tanpa makan/minum macam David Blaine,
Biarlah kita tak boleh lepaskan diri dr kotak besi yg terkunci rapat,
ASALKAN KITA AMIK PENGAJARAN DARIPADA MAGIK PALING UTAMA INI
ASALKAN 6236 AYAT INI BERADA DALAM DADA,
KITA AKAN JADI HEBAT SEBAGAI SEORANG MANUSIA, KERANA MEMAHAMI DAN MELAKSANAKAN KEAJAIBAN.
KERANA MENGETAHUI DAN BERPESAN AKAN KEAJAIBAN INI PADA YG LAIN, AGAR SAMA2 BERAMAI2 MENIKMATI MAGIK.

Yang pentingnyer, pada hari yg mulia ini, hari nuzul quran, 17 ramadhn 1427, aku menyeru kawan2, pembaca2 blog ni, marilah sama2 kita ingat balik kepentingan dan keajaiban Al'Quran ini, bukan sekadar perhiasan di atas almari, bukan sekadar harus dibelek2 ketika runsing atau bulan ramadhan SAHAJA, tapi harus selalu tersemat di hati. Sama2 lah kita mengimarahkan semula Al'Quran, pedoman hidup, panduan & petunjuk yang telah lama kita abaikan. Ayuh lah bersama, Ayuh menikmati keajaiban.

2 comments:

narza said...

tp ada yg sy pernah dengar ayat quran aldh 6666 ayat.betulkan jika saya silap.tp yg pasti ianya adlh panduan hidup kita semua.

missy dullness said...

cik narza,
Ayat Al'Quran ada Makkiyah & Madaniyyah. Makiyyah ada 1456 ayat dan Madaniyyah ada 4780 ayat. Jumlah semuanya 6236.

Boleh rujuk website nie, http://joerzack.tripod.com/SEJARAH_AL_QURAN.htm untuk maklumat lebih lanjut.

Tengok kan? ayat2 Al'Quran pun kita tak tahu berapa byk, macam mana nk jawab soalan dalam kubur,
"Siapakah Imam Kamu?"
"Al'Quran" --> Tapi jumlah ayat keseluruhan pun x tahu, belum lagik di tanya isi kandungan, intipati..

oh...manusia dah lalai, termasuk aku. oleh itu, marilah bersama2 menghayati keajaiban Al'Quran.