busy giler semenjak dua menjak nie, tapi biasa lah, masih mampu lagik curik masa nak menulis dalam blog kesayangan hamba ni. ;)
hari ni nak citer pasal apa ek? emm..ok, korang pernah tak mengajak/diajak ke masjid ke, atau pun ke majlis2 agama ker, kelas2 agama, atau sekadar diajak membuat kebaikan? Mestilah pernah kan, kalau tak pernah, maksudnyer hancur lah muka bumi nie, dah takder orang nk berpesan2 dah. cuba kita tgk senario kat bawah ni ek?
suparman : supir, ko buat malam ni?
supirman : oo...aku melepak jek malam ni. bola pun xder. aku nk tido puas2, so esok aku leh jaga tgk bola,
suparman : ye ker? ko nak ikut aku tak?
supirman : g mana beb?
suparman : g tgk hal ehwal islam kat pdg sekolah xyz. dewang nak buat rakaman live kat situ. dah lama dah kita tak g program2 agama ni, rasa nk menyucikan diri plak.
supirman : emm...ehwal islam? ingatkan ko nak ajak aku lepak minum2 ker..emm, ehwal islam? tgk dulu lah camaner
suparman : alah ko tu, jom lah. bukan selalu beb.
supirman : oklah, tengok camner. kalau Allah izinkan, aku pegi lah. kalau tak mesti setan (nama manja syaitan rajim) menghasut aku tu..
suparman : (beredar dgn penuh kekecewaan, sbb gagal berpesan2 ke arah kebaikan)
Pernah melalui senario ini?
Pernah terdengar senario ini?
Pernah terbaca senario ini?
Senario biasa, dah jadik lumrah.
Yang paling lawaknya, boleh plak si Supirman menyalahkan setan yerk? Seolah2 setan jek lah yang bersalah dlm hal tu. Cuba kita pikir kan, kuat mana pun setan menghasut, kuat mana pun pengaruh setan kat manusia, manusia dikurniakan akal untuk berpikir sendiri. Akal yang patut digunakan untuk menepis hasutan2 itu. Tapi di mana letak akalnya kalau tak mampu nak halang? Letak kat kepala lutut? Letak kat siku? Letak kat perut?
(p/s: manusia tu refer pada aku jugak, sebab aku manusia jugak..kang kalau aku tak tulis camnie, ada plak manusia2 yg sensitip, melenting, jadik aku amik langkah berjaga2)
Balik semula topik tadi, betul ker setan saja yg menyuruh ke arah kejahatan? Kalau betul, kenapa kita takder mekanisme untuk menghalang? Even kalau tengok binatang pun, ada self-defense nak menghalang terjahan musuh. Kenapa ek? Pernah pikir tak? adam dulu lepas diciptakan, semua makhluk kena ber'sujud' kat adam, setan jek taknak. Apa yg Allah nak tunjuk kat situ sebenarnya? Manusia nie seindah2@sedasat2 ciptaan Allah, Allah kata manusia nie khalifah kat muka bumi. Tapi kalau takat digoda sedikit udah rapuh, bagaimana seh mau di kata seindah2 ciptaan? Bagaimana seh mahu di kata khalifah tul ardh? (wah, speaking indonesia sebentar ya bapak2 sekalian? hehehe)
Setan dulu pun pernah pernah berkata " Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan akupun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya. Sekali-kali tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekadar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku akan tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku sekali-kali tidak dapat menolongmu dan kamupun sekali-kali tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan Allah) sejak dahulu". (Ibrahim:22)
Cuba baca betul2 ayat ni, setan kata dia ajak jek, masing2 ada janji ngan Allah, Jadik sapa yg bertanggungjawab terhadap janji masing2? Tentulah diri sendiri, setan bertanggungjwab atas perbuatan2 kesetannya, dan manusia bertanggungjawab terhadap perbuatan2 kemanusiaannya. Lagi dia menegaskan, janganlah mencerca aku, tp cerca diri sendiri. Monolog setan, "Hei manusia yang bernama Supirman, kau yang tak nak pegi majlis ugama itu, kenapa kau menyalahkan aku?". Setan pun tambah lagik, "Aku tak leh tolong kau, dan kau tak leh tolong aku, jadik kalau dah amik keputusan nk buat sesuatu, janganlah kaitkan aku pulak, aku tak salah pun"..lebih kurang gitu lah..
Jadik tepuk dada, tanya iman..
At least setan ngaku dia mungkir janji, and dia nk sesatkan org lain
tapi manusia, wah, dengan selambanya mengaku diri baik, bukan setan, makhluk ciptaan sempurna, ada akal, ada pikiran, tapi mungkir janji dgn Allah. Tak cukup dengan mungkir janji kat Allah, tak ngaku pulak tu yang dia mungkir janji. Siap salahkan setan ynag mengaburi mata dia.
Jadik macam mana dalam pertarungan ke'setan'an vs ke'manusia'an?
Sapa yang lagi teruk?
Setan atau manusia?
Setan atau kita?
Itu lah gunanya akal fikiran, fikirkan..jadi marilah kita fikirkan bersama2..Tapi bukan takat berhenti dgn berfikir jek, tapi cari lah jalan untuk overcome kelemahan, cariklah jalan mendekatkan diri pada Allah.
Itu jek jalan nak jadik insan terbaik.
Dekatkan diri kepada Allah.
Bagaimana?
Fikirlah...itu guna nya AKAL. (bukan takat guna akal nk predict sapa yg ke final world cup...)
Thursday, June 29
ke'setan'an vs ke'manusia'an
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
syukran jazilan ya ustazah
'ala haza ttazkirah
:)
tapi kan kalau sudah nafsu beraja di hati,
akal senang saja ditolak ke tepi.
everybody's personal experience i guess....
mr zakzak,
ustazah? kuang kuang kuang...tak layak aku..
aah, takper lah,at least biler dah tahu diri tak betul, kita betulkan lah kan? takkan dah sedar diri ikut nafsu, nak terus2 ikut nafsu..ehheheh...hancus dunia..
;) glad u still have time utk baca blog kesayangan hamba nie yg ntah apa2 ntah nie..hehehhe.... ;)
betul tu... betul ape yg ko ckp...
erm... sebenonye terlalu ikut nafsu...
kalo diikutkan hati, m.a. ma t.i. ti, mati
ikutkan rasa, emm... b.i.n.a.s.a binasa
ikutkan nafsu, l.e.s.u. lesu
kengkadang nafsu melebihi aqal
sebaiknyer aqal mengawal nafsu
yo sue, nafsu makan ader baik hari nie?
jom makan-makan kat Danga Bay weekend nie ... tgh ada Citarasa M'sia wei
biasalah...manusia kan bijak, sentiasa kaya dengan alasan. main point is kita tahu diorang sebenarnya tak nak buat.
lama dahulu (sekitar pertengahan 90an), aku merupakan peminat setia forum perdana ehwal islam. tapi selepas dr haron din dan dato' ismail kamus digam, aku dah tak follow lagi. program tu dah hilang seri.
Post a Comment