Tuesday, September 20

Marilah kita berpantun.

Aku sekarang memang suka benda2 puitis nie. Banyak pengajarannya pantun-pantun lama ni. Best sangat. Teringat time sekolah dulu bebudak nie main balas-balas pantun. Dulu aku kan gangster, jadik cam tak main lah bende-bende yg ade unsure-unsur kejiwangan nie. Tapi skang nie, aku dah lain. Bukannyer bertambah jiwang, tapi bertambah matang. Ewah.. cuba korang baca setiap pantun kat bawah and hayati. Baca kena dengan intonasi berpantun lah, cukup lengkap ngan lengguknya. Kalau boleh buat gaya tangan-tangan sekali. Banyak sangat mesej yang tersurat dan tersirat di sebalik tiap pantun kat bawah nie. Sungguh best, yang penting ambik pengajarannya.


Pulau pandan jauh ke tengah
Gunung Daik barcabang tiga
Sungguh badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga

Tinggi-tinggi si matahari
Anak kerbau mati tertambat
Sudah puas hamba mencari
Baru sekarang hamba mendapat

Kalau roboh kita melaka
Papan di jawa hamba dirikan
Kalau sungguh bagai dikata
Nyawa & badan hamba serahkan

Pucuk pauh delima batu
Anak sembilang di tapak tangan
Sungguh jauh di negeri satu
Hilang di mata di hati jangan

Sorong papan tarik papan
Buah keranji di atas peti
Suruh makan dia makan
Suruh megaji dia tak mahu


Cuba bandingkan pulak, ngan ‘pantun-pantun’ zaman modern yang sungguh merepek and tiada makna tapi yang selalu digunakan oleh golongan muda-mudi zaman skang ni (termasuk aku jugaklah, satu ketika dulu).
Contohnya;

Pen Merah Pen Biru,
You marah I love you

Pecah kaca pecah gelas,
Sudah baca harap balas

Bas Pendek Bas Panjang
Tergolek Telan****

Hah…beza kan?
Tu lah, kiter kena amik pengajaran daripada orang dulu-dulu.
Betapa tahap pemikiran dan kreativiti mereka boleh sampai ke tahap yang best, kenapa kita zaman sekarang ni tak boleh macam tu. Sebab kita ni sekarang kurang fokus, nampak yang ringan-ringan jek, yang berat-berat semua tak nak pikir. Camner kita nk maju? Camner kita nak ke depan? Macam mana dulu Melaka boleh jadik sebuah pusat pentadbiran yg sungguh maju, tempat perdagangan, tempat penyebaran Islam, sebab dewang fokus and berpegang pada yang satu. Baru-baru nie ader pameran Cheng Ho kat Mines, kalau ada yang ketinggalan, Cheng Ho ni laksamana China yang sebenarnya membawa nama Islam tu ke serata pelusuk dunia, Macam mana die boleh kendalikan 20,000 anak kapal dia. Hebat! Bezakan dengan sekarang, Datuk Mydin berenang dengan bot sekeliling dunia itu yang dibanggakan. Tak tahu lah, pada aku, kejayaan yang perlu dibanggakan ialah kejayaan yang boleh mencerminkan kebesaran Ilahi, keagungan Allah sebagai pencipta.

Wah, sungguh jauh melalut nyer aku berceloteh. Tu yang tak boleh tulis dlm bahas melayu nie, melalut jadiknya. Kadang-kadang seronok gak menulis pasal bende-bende yang berpaedah ni. Kalau tak, asyik merepek jek.

Tak pe lah, nie sebagai tempat aku luah perasaan.
Kalau tak setuju ngan aku, pegilah buat blog sendiri.
Nie pandangan aku, luahan hati dan rasa aku.
Tempat aku nak larikan diri dari dunia realiti yang penuh dengan manusia-manusia yang dengki khianat, pengecut dan busuk hati.
Cubalah kita ikut resam manggis, di luar nampak jek macam huduh dan buruk, tapi sebenarnya isi dalam die putih, suci lagik bersih. Jangan lah pulak asyik nak carik salah orang. Apa kata, kalau masing-masing ambik cermin and cermin diri kita sendiri dulu sebelum start mengata orang, sebelum start buat citer pasal orang. Tengok keadaan diri sendiri lah. Kalau takat nak buat-buat cerita pasal orang, lempar segala fitnah, canang satu dunia, tapi takut nak berdepan, takut nak menghadapi kebenaran dan takut nak mengakui kelemahan diri, mintak maap lah, tak yah lah nak bazir masa.

Hentikan lah
Sampai biler korang nak menyebar fitnah ni?
Tak penat-penat ker?
Tapi kalau tak rasa penat lagi, teruskan lah. Biler dah rasa penat, stop lah.
Banyak lagi bende yang korang boleh risaukan selain aku. Risaukan diri sendiri dulu.

Nasihat percuma dari seorang puitis seperti aku.

Acehh…

Puitis tu, tak nak kalah..hehehhe…. =)

10 comments:

intanz said...

sue.. betul la kate ko.. betul tu.. aku sokong...

missy dullness said...

intan,
aku mmg lah sentiasa betul..ahahhaha...memain jek. kang ader yg salah tapsir ayat aku, pastue buat fitnah. susah tul lah duduk dgn org2 melayu yg dengki kat kaum sendiri nie.heheheh

Anonymous said...

eh... delete la pulak comment saya ye... sapa yg pengecut skrg? itu la kalau dah berada dlm kebathilan, mmg takut pun dgn bayang2 sendiri... kembalilah ke pangkal jalan... Allah sentiasa menerima taubat hamaba2Nya... Tak guna belajar tafsir bawa Quran ke hulu ke hilir tp salah huraian dari maksud asal... Allah sahaja yg Mngetahui...

hana_kirana said...

ahah... aku setujus... thanx for the fact pasal Laksamana Cheng Ho. Dan aku setuju pasal kejayaan yang boleh dibanggakan tu

missy dullness said...

Mr Anonymous,

Don't you have anything else to do except barging into people's privacy and simply pointing your finger at people?

And what the hell are you doing reading my blog twice a day? Are you so interested in my life?

Awak cakap saya pengecut...ish ish ish...sampai sekarang pun saya tak tahu sapa awak, tetiba nak panggil saya pengecut. pelik jugak ya. pelik pelik sikap manusia ni.


Kalau awak kata sya salah hurai,dtglah jumpa saya, tunjukkan cara huraian ynag betul. Awak bukak kelas lah kalau rasa dah pandai sangat. Teringin jugak nak join. Saya rasa daripada komen2 awak ni, mmg dah sah2 lah awak kenal saya, dan saya pun kenal awak (sbb awak takut tulis nama sendiri).

Sekurang2nya saya belajar Al-Quran. Saya x menyebuk2 masuk hal orang macam awak. mushkil gak ek? dalam pada waktu kritikal sekarang ni, sesama Islam pun nak saling dengki-mendengki and nak menjatuhkan. Padanlah Islam kat bawah...sebab adernyer orang2 macam awak.

Saya malas nk layan komen2 awak yg tak berpaedah sebab tu saya delete.
Kalau berani datang jumpa saya.
Ajar cara yg BETUL ikut firasat awak.

Kalau lepas nie takut jugak...sendiri mahu ingatlah...

missy dullness said...

Nana,
Thanks

Ader jugak umat Islam yang NAMPAK mesej saya kat entry tu. Mushkil betul, bende yang aku highlight untuk naikkan Islam tak pulak di tengoknyer encik anonymous nie...ish ish ish. x jelas dia nie..

Ann... said...

Hi, its been quite some time i've been reading ur blog. He he, quite interesting. Especially when u reply to those anonymous comments... there is something wrong somewhere; I guest!
May Allah show u and all of usthe right path which we r unsure about. But always remember something, Allah will not guide us through everything but it is us who guide ourself.
Let it be what people told you, it just show that they care....

siluman said...

Bunga Cempaka di pukul ribut
jatuh sekuntum di tanah dataran
Sejauh mana hati di ikut
pastikan aqal jadi sandaran

Cempaka ku hias biar berseri
menjadi idaman si jejaka tampan
kita ini punyai adab pekerti
mengapa perlu kita bercakaran

just my seminit punya idea buat pantun KBC.ohohohohoho.....dah lama gila tak berpantun...yg penting sue mmg tgh jiwang ni..ahahahah meh citer kat abg ni...:p

tajuk entry kali ni mari berpantun kan????

Anonymous said...

Salam 'Alaik kpd umat2 di sini dan seluruh umat Islam sekalian alam....

Wah,nampaknya walaupun tajuk entry Mari berpantun, isu kat sini panas..panas.

First of all,izinkan aku give my opinion ttg kau(sue) and mr anonymous ni.aku bkn nk masuk campur...but this is just my humble opinion to both of u.

To mr.anonymous :i think u know something (exclusive info) and u might have a good intention to help sue but the way u do is not right,becoz indirectly u mcm attack her in front of other people yg tak tau ape and it can menjejaskan imej sue or yurself also.this is not good for the survival of our future khayra' ummah.the right way to convey the message is to meet each other,discuss or tanya what the real things happened,kan bagus gitu.so since everybody 'concern about Islam'which is good so why not u solve it in a better way.don't juz 'burst'anything (both of u) becoz later it can trap u indirectly.i'm suggesting that u discuss it offline with sue,ok

To dear sue :i don't know what's happening to u (the real one).i need some xplanation from u-primary source,that's better.eventhough we r all bz all the day and night.the xplanation akn mengelakkan 'fitnah' upon yurself jg.sebab tu Islam mengajar kita bercakap "benar", so that can menghindarkan kita drpd terus menjadi mangsa fitnah.maybe we can spend some time together.lg pun aku mmg nk jumpa kau.cuma masa tk mengizinkan.one thing, juz wanna remind to u (includng myself) n mr.anonymous, if u want to discuss it,bincang dlm keadaan baik.sikap tasamuh (berlapang dada)penting.saling menerima pandangan org.so we can improve more.kita tak boleh salahkan org begitu saja,kita belum tentu betul.if the issue is ttg agama,"involve"kan org2 yg faqih.korang ckp nk panggil ustaz mana,aku tolongkan.that's betterlah.kita punya ilmu agama bkn banyak sgt pun.amal soleh yg diterima pun tak tau banyak mana kan.i'm juz suggesting the way yg boleh membantu kau.aku tau kau tgh 'pressure' with lots of things.yur body language n facial xpression speaks louder than yur words,beb.i don't know lah..i'm just suggest u my opinion.tak beslah mcm ni slalu...aku nk sue yg dulu..aku mmg suka 'face to face' drpd main agak2 jer..

To all in this blogs (including me):Have a nice day...ramadhan dh dekat ni,marilah kita menambah amal'ibadah,rajin2lah tahajjud-qiyamullail,taqarrub ilallah, supaya Allah membantu kita dalam setiap masalah yg kita ade di dunia ni.Mohon Allah beri petunjuk dan hidayah pd kita semua.Hormati ibubapa kita,obey them..restu ayahbonda akn membawa kita ke syurga...(aiseh...teringat lagu raya sudirman..)

Utk sue...sorry sb pjg komen aku.aku bkn nk over-ruled kau tau.maaf if aku salah..tlg betulkan aku.yg betul tu kita ikut sama2.May Allah bless n Guide us all the way..

Noor Haslinda Hashim
KTAM-TKC-UIAM

Anonymous said...

saya cuma dpt blog address ni dr kawan.. selebihnya saya kenal dr penulisan awak yg kdg2 mngikut emosi... terpulang pada judgement awak sendiri.. yg pasti maksud setiap insan tu Allah shj yg tahu.. cuma saya harap jika niat saya jahat, Allahlah akan beri pembalasanNya.. dan tetapi jika niat saya baik.. saya yakin nun di sana sinar kan terpancar..Saya Redha..

Apa yg kita zahirkan mencerminkan diri kita.... cuba kita contohi akhlaq Rasulullah s.a.w & hayatilah kalimah2 Allah dlm al-Quran supaya kita tenang & redha dgn segala ujian...

kdg2 kita terlalu ego & sombong utk menerima teguran @ kritikan sbb kita rasa kita shj betul.. tp tak salahkan ingat mengingati sesama muslim..? tepuk dada tanya iman..

mgkn wadah yg ada di sini boleh dikongsi utk kita bincangkan bersama apa shj perkara yg masih samar @ jelas.. bukankah setiap ilmu itu bermanfaat utk dikongsi?

p/s: "kadang2 apa yg kita cakap semua betul ttp mgkn apa yg dicakapkan ada salahnya & kadang2 apa yg org cakap semua salah ttp mgkn apa yg dickpkan ada kebenarannya"... fikir2kanlah...
"Jika kita tlg agama Allah, Allah akan tlg kita" (",)