Friday, August 19

Kawan





Friendster aku dah mencecah 204.
Aku baru jek mula era ke'friendster'an nie sebenarnya.
Betul ker aku nie ramai sangat kawan?
Sekarang nie, hidup aku rasa macam takder kawan pun sangat, nak bersuka-suki dengan kawan pun tak berkesempatan. Itulah agaknya kawan-kawan aku semua dah lari. Keje banyak giler nak mampus, study pun ntah ke mana, nak tengok TV skang nie pun x sempat2. Sampai umah jek setiap malam, terus tido. Weekend pun bukannya duduk umah, masuk opis jugak.
Workholic ker aku? macam tak jek sebab aku tak suka keje tapi terpaksa keje. Lain maksudnyer tu. TV tue sebenarnye an essential part of my life. Aku memang tak boleh berpisah dengan TV, tapi skang nie TV tue seakan2 dah merajuk dengan aku dah. Mana taknya, aku dah tak mengadap dia 24 jam macam dulu lagi, terus dia buat hal. TV aku dah kekurangan warna. Kalau kaler biru, aku nampak pink. Memula ingat sbb kebiulan aku, dah keje banyak sangat, ingatkan kepala aku yang dah x betulnya, rupa-rupanya TV aku betul-betul merajuk.
Berbalik pada citer kawan tadi.
Aku ni memang suka berkawan. Dulu aku memang ramai kawan. Tapi skang nie, aku dah boleh bezakan yang mana satu intan yang maner satu kaca, yang mana satu starbucks yang mana satu kopi CNI.
Dalam kesibukan aku, ada jek yang masih lagi ingat kat aku, masih lagi nak contact dan masih lagi tak putus2 bagi sokongan.
Ada pulak, yang melihatkan kesibukan aku, mulalah membuat cerita yang bukan2. Mereka-reka dan mengada-adakan cerita tentang aku, membabitkan mak bapak aku. Aku terus terang cakap, aku tak kesah orang nak buat aper kat aku, korang tak nak kawan aku pun takper, aku masih boleh hidup, tapi tolonglah jangan kacau mak bapak aku. Tolonglah.
(Kali ini aku tulis baik-baik, hari itu aku marah sangat, orang kata-sarang tebuan jangan dijolok, tapi korang nak jugak jolok).
Sebenarnya aku tak nak citer pasal bende nie, sebab menyakitkan hati jek. Nak citer pasal lain, tercerita pasal nie pulak.
Kadang-kadang aku rasa, memang lah penting and best ader kawan nie kan, tapi kenkadang rasa macam, ntah lah, kalau ada kawan setakat untuk menyusahkan, aper perlu ada kawan kan?
Nasib baik sejak dua menjak nie, aku rasa cukup tenang.
Tenang sangat.
Walaupun aku sibuk gila, tapi aku tenang.
Walaupun study aku entah kemana, aku rasa best.
Sebab aku dah nampak matlamat hidup aku.
Aku dah mula kenal diri aku dan kemana arah tuju aku.
Dulu aku selalu lalai dan leka, aku tak pandai nak letakkan harga diri aku kat maner.
Aku dah sedar kepentingannya kewujudan aku kat dunia nie.
Aku dah sedar apa yang aku perlu buat sekarang dan perancangan & lnagkah2 yang perlu aku ambil untuk capai matlamat hidup aku.
Korang mesti mushkil kenapa aku jadik macam nie.
Biarlah aku dengan cara aku.
Tak payah korang (sesaper yang terasa lah), buat2 cerita pasal aku lagi
Tapi kalau still nak cakap jugak, silakan..
Teruskan usaha anda
Sebab Allah sentiasa bersama orang2 yg sabar
Kawan-kawan aku yang sejati yang baca ni, jangan pulak terasa
Aku tak maksudkan korang.
Jangan pulak merajuk hati...aku cuma meluahkan isi hati aku.
Inilah dia, nukilan di petang Jumaat.
Laju pulak aku taip dlm BM, kalau kokak bahasa aku, korang abaikanlah.
Entry kali ini tidak lain hanyalah luahan hati semata2.
Selamat berhujung minggu!

9 comments:

atn said...

i'm awfully glad for you when you say you dah tahu hala tuju, go girl

hana_kirana said...

aku nak jugak buat cerita pasal kau.

huh huh huh

sue tu kan... memangggg... bz aje kejenye.... ari2 aku nampak dia online. tah hapa hapa... ekekekeke...

sekian, cerita aku. :P

siluman said...

uikss.... apa dah jadi dgn adik yg sorang ni?ehehehe amaran darisorang abg..jgn selalu layan blues selalu, nanti jadi minah jiwang :p :p :p

Anonymous said...

dr Allah kita dtg...kepada Allah kita kembali... ingat segala ilmu yg kita perolehi dr kecil smpai skrg... berpegang lah kpd Quran & sunnah nescaya kita xkan sesat selamanya.. & jgn mudah perpengaruh dgn ilmu2 baru yg belum tentu kebenarannya... wallahua'lam... ;-)

Stanchart said...

SUUUEeeeeeeeeeeeee!!!!!!!!!

Sultan Brunei pilih Azrinaz.. bukan akak Sue.. keciwanyer..... uhuk uhuk..

Anonymous said...

cakap pasal kawan..org kata berkawan biar seribu bercinta biar satu. tapi pada aku tak guna kawan seribu kalau time susah je baru cari..time senang ilang ntah ke mana. biarlah hanya ada satu kawan yang sejati dari berjuta-juta kawan yang poyo..

aku yg j a u h said...

K - kita memang kawan, kan?
A - aku & ko memang kawan, kan?
W - we r friends, aren't we?
A - apapun, kita still kawan, kan?
N - no matter what, we r friends 4eva n eva...

will miss our old days, fren...

Anonymous said...

Hi.....and salam to u,

i'm nobody...but after read yur blog it really 'touch me'.i've experienced some hardlife before, but actually it gives me a strenght..The 'strenght'comes from Allah SWT actually.Allah is always in ourside...for those who always remember HIM and obey ALL His command.

Manusia mmg selalu rasa krg..tidak puas dgn ni'mat yang diberi.Allah telah menurunkan "Al-Quran & Sunnah Nabi SAW" yg kedua2nya menjadi bekalan pedoman hidup kita.Allah telah mensyariatkan solat sebagai tanda kesyukuran dan ke'Hamba'an makhluk yang diciptanya..Puasa,zakat dan haji sbg asas seorg Muslim.Begitu mudah untuk menjadi Muslim,asalkan niat dan hati kita penuh dgn keinsafan dan keikhlasan kpd-Nya..
Tidak perlu bergantung kpd manusia utk mendapat hidayah Allah...krn setiap insan mampu mendapat 'hidayah' itu melalui amal solehnya sendiri.JGN tinggal solat fardhu krn ia WAJIB,tambahkan amalan dengan Qiyamullail, banyakkan membaca al-Quran, memahami al-Quran bersama Sunnahnya bukan pertimbangan logik akal semata...Hormati kedua ibu bapa,menjadi anak solehah...
Sesunnguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang, semua insan mampu merasai nikmat iman ini,hatta org miskin sekalipun mampu memiliki iman yg cemerlang (cth : Saidina Ali,Bilal bin Rabah)mereka tidak berharta...tidak mampu membayar beRIBI-RIBU ringgit untuk menjadi mukmin sejati krn Allah Maha Adil...ilmunya bukan untuk dijual beli diperdagangkan atau di'multilevel marketing'kan.Ilmu Allah untuk semua...percuma.Kita yang akan memilih...yg Hak atau Batil
Keimanan,KeTaqwaan dan KeTenangan bermula dari hati...my fren

Let's Taqarrub ilallah..if u really find the 'Right' way, u'll be really fine...jauh dr masalah dunia...jauh dr masalah sesama manusia...jauh dr masalah hati..jauh dr pembohongan...jauh dr kepura-puraan..etc

May Allah bless u all the way and 'show' u the right way, my friend...Amin

p/s we might not know each other n might be i'm wrong...but juz think of it..adios!

;)catgirl

Anonymous said...

Wahai Sahabat2 yg dikasihi...
"...iman x dpt diwarisi oleh seorg ayah yg bertqwa... ia x dpt di jual beli... ia tiada di tepian pantai.. wlw apapun caranya juaa...
akan ku daki gunung yg tinggi... wlw seluas lautan api.. namun x dpt jua dimiliki.. jika tidak kembali pd Allah..." - Sesungguhnya dari RAIHAN

Dlm meniti hari dlm mencari iMAN.. panduan asas adalah al-Quran & as-sunnah... bertemankan sirah2 Nabi2 & sahabat2... bertemankan para da'ie yg memahami al-Quran & bahasa Syurga itu.. supaya kita tidak tersasar dr maksud yg sebenar... bukan mudah menafsir al-Quran sedemikian rupa tanpa Ilmu yg cukup.. tiada haq bg seseorang yg x mengenal huruf al-quran utk menterjemahkannya mengikut akalnya.. Al-quran begitu mulia & terlalu mulia utk dilakukan sedemikian rupa...

Doa Tetapkan Iman..
"Ya Muqallibal-Quluub.. Tsabbit Qulubana ala' dinika wa'Ala Thoatika.."
- Wahai pembolak-balik hati.. Tetapkan Iman Kami Atas AgamaMu & Atas ketaatan kpdMu."